Tuesday, August 10, 2010

Yang Teristimewa

Di kala ku menulis ruangan ini, kandunganku berusia 22 minggu 5 hari. Saban hari, ketika aku memerhati kandunganku semakin membesar, saban hari, ketika insan teristimewa ini menendangku, aku hanya mampu melanjutkan syukurku kepada Yang Maha Esa.
Aku bersyukur kerana aku mampu mengandungkan kandungan ini. Aku bersyukur kerana punyai si dia yang terlalu memahami karenah ibu mengandung. Aku bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang begitu mengambil berat tentang diri ini.
Aku mengaku insan ini mengubah diriku untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua yang ku lakukan. Dia tidak pernah meminta namun naluri ibu mengetahui. Aku pastikan hanya makanan untuk tumbesaran maksimumnya melalui plasenta, diriku and persekitaran bersih agar dia bebas daripada jangkitan kuman, aku bersenam agar di hari kelahirannya segalanya berjalan lancar, aku berbicara dan nyanyi untuk dia serta aku menjalani pemeriksaan pakar untuk memastikan dia membesar dengan sihat di dalam.
Tiap malam sebelum ku lelapkan mata, akan ku tatap imej ultrasoundnya. Pasti senyuman bahagia terukir di bibir ini. Dia begitu istimewa dan berharga buat diri ini dan si dia. Ku berdoa semoga Yang Maha Esa sentiasa di sisinya sehinggalah di hari insan ini melihat dunia.